Blog ini dibina untuk saya berkongsi maklumat dan input berkaitan bahasa Melayu. Anda sebagai pembaca blog ini juga boleh memberikan sebarang komentar dan cadangan kepada saya untuk penambahbaikan terhadap blog ini.
Sedikit pengenalan tentang diri penulis blog ini. Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu lulusan Institut Pendidikan Kampus Ipoh, Perak. Sekarang saya sedang mengajar di SJK (C) Pei Yuan, Kampar Perak sebagai guru bahasa di sekolah ini. Saya berasal dari negeri Kelantan, Tanah Serendah Sekebun Bunga. Namun begitu, saya sebenarnya baru menceburi bidang bahasa ini dan tidaklah semahir dan sehebat cikgu-cikgu dan pembaca blog sekalian dalam bahasa Melayu ini.
Untuk menghubungi saya boleh berhubung melalui emel saya iaitu nazirulnizam@gmail.com atau laman sosial "Facebook" saya iaitu Nazirul Nizam.
Saya amat mengharapkan sokongan dan pandangan daaripada pembaca sekalian untuk terus maju dalam bidang bahasa.
Sekian.

